Make your own free website on Tripod.com
Selamat Datang ke Laman Web Unit Penyelidikan Maktab Perguruan Samarahan, Sarawak

Laman Web ini diterbitkan untuk menyampaikan dan berkongsi maklumat mengenai penyelidikan. Laman ini memuatkan beberapa maklumat. Antaranya visi, misi dan fungsi serta peranan Unit Penyelidikan MPSamarahan (dulu MPSB). Laman ini juga akan memaparkan abstrak kajian yang dijalankan oleh pensyarah MPSamarahan. Tajuk artikel yang disiarkan dalam Buletin Penyelidikan MPSamarahan juga dapat dikongsi bersama melalui Laman ini.

Semoga sumbangan kecil daripada Unit Penyelidikan Maktab Perguruan Samarahan ini dapat memberi manfaat yang besar kepada semua anggota penyelidik khususnya dan semua pensyarah MPSamarahan amnya.


Visi, Misi dan Fungsi Unit Penyelidikan MPSamarahan

1. VISI

 Penyelidikan sebagai satu budaya kerja pensyarah


2. MISI

2.1 Pensyarah sebagai penyelidik yang aktif
2.2 Peningkatan kualiti kerja melalui penyelidikan
2.3 Penyelidikan kendiri sebagai asas menangani perubahan dan pembangunan diri serta organisasi


3. FUNGSI dan PERANAN

3.1 Menggerakkan dan memantaukan segala aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh pensyarah MPSamarahan
3.2 Membuat penilaian dan memperakukan kertas cadangan penyelidikan yang dikemukakan oleh pensyarah
3.3 Menjadi pegawai sumber dan fasilitator kepada pensyarah-pensyarah yang menjalankan penyelidikan
3.4 Mendokumentasikan hasil-hasil penyelidikan MPSamarahan
3.5 Mengumpul dan menyimpan koleksi kertas kerja penyelidikan
3.6 Mengendalikan Seminar Penyelidikan peringkat maktab
3.7 Menghadiri dan mewakili maktab untuk mesyuarat penyelerasan aktiviti peringkat Zon dan Kebangsaan

Buletin Penyelidikan Maktab Perguruan Samarahan

Buletin Penyelidikan MPSamarahan (dulu MPSB) Keluaran 1/98: Sebahagian daripada koleksi artikel dalam Buletin Penyelidikan 1/98
Buletin Penyelidikan MPSamarahan (dulu MPSB) Keluaran 2/98: Sebahagian daripada koleksi artikel dalam Buletin Penyelidikan 2/98

Koleksi Penyelidikan Pensyarah MPSamarahan

Penyelidikan yang dijalankan dari tahun 1995-1997: Abstrak semua penyelidikan yang dijalankan dari tahun 1995-1997
Penyelidikan yang dijalankan pada tahun 1995:
Penyelidikan yang dijalankan pada tahun 1996:
Penyelidikan yang dijalankan pada tahun 1997:

Links Penyelidikan

Sub Unit Penyelidikan BPG: Senarai tajuk kajian yang dijalankan oleh pensyarah maktab perguruan Malaysia
Kertas seminar pendidikan Jubli Emas MPBL: Abstrak beberapa kertas penyelidikan yang dibentangkan dalam Seminar Pendidikan Jubli Emas MPBL
CERANA: Kertas penyelidikan dalam Jurnal Pendidikan MP Batu Pahat
Educational research links: Action Research, Qualitative Research, Writing Reports, Citation, Statistics ...


Sila hubungi kami untuk keterangan lebih lanjut melalui e-mel di bawah ini:

penympsb@yahoo.com

Ketua Unit Penyelidikan, Maktab Perguruan Samarahan, Jalan Datuk Mohd. Musa, Kota Samarahan, Sarawak (u.p. En. Lim Keat Heng)